PRU15 | UMNO Kelantan serah senarai calon pada Isnin

2022-10-02 0

UMNO Kelantan akan menyerahkan senarai nama calon yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kepada Presiden Parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata senarai calon termasuk yang akan bertanding di kerusi Parlimen Jeli itu melibatkan 45 DUN dan 14 Parlimen di Kelantan.